KONSPIRASI AKHIR ZAMAN

Saturday, October 25, 2014

KEILMUAN MAULANA ZAKARIYYA AL KANDHLAWI

Ra-isul Muhadditsin Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi 
Mungkin ramai di antara kita tertanya-tanya siapakah penulis buku taklim @  buku hadis yang sering dibaca di masjid-masjid iaitu Kitab Fadhail Amal nukilan Shaikhul Hadis Hazrat Maulana Muhammad Zakariya rahmatullahu 'alaihi

Mari berkenalan dengan latar belakang dan peribadi muhadithin ini.

1.1 KELUARGA DAN TEMPAT KELAHIRANNYA
Di bahagian barat wilayah utara Uttar Pradesh di sebuah bandar yang diberi nama Muzaffar Naqar di negara India terdapat dua buah desa yang masyhur dengan panggilan Jihinjanah dan Kandalah. Di dalam dua buah desa ini telah menjalani kehidupan sebuah keluarga ilmuan yang memiliki kemulian nama dengan kefaqihan dan keilmuan dalam sumber hukum dan perundangan Islam serta ketekunan dan ketabahan servival (perjuangan) dalam mengimplimentasi agama yang sempurna dalam kehidupan mereka secara keseluruhannya.

Moyang keluarga ini ialah seorang ulama yang tersohor pada ketika itu yang bernama al-Syeikh Muhammad Ashraf di mana beliau berkesempatan hidup di zaman Shah Jahan raja India pada masa itu. Para ulamak di zamannya telah bersepakat bahawa beliau adalah pengamal agama yang istiqamah, warak dan pengikut sunnah yang setia.
Taj Mahal ilham Shah Jahan (January 1592 – 22 January 1666)

Keluarga yang mulia ini telah melahirkan ramai alim ulama yang ulung lagi tersohor, di kalangan mereka adalah al-Syeikh al-Mufti Ilahi Baksh al-Kandahlawi yang masyhur di benua kecil India dengan kelebihan dan kebijaksanaanya. Beliau merupakan salah seorang di antara murid-murid al-Syeikh Abd al-Aziz anak lelaki kepada al-Syeikh Waliullah al-Dahlawi yang intelektual dan juga anak murid kepada khalifah al-Imam al-Shahid al-Saiyyid Ahmad al-Brilwi.

Beliau telah mengarang lebih dari 60 buah buku ilmiah di dalam Bahasa Arab dan Urdu. Allah s.w.t telah mentaqdirkan pada tahun 1245H beliau meninggal dunia. Di kalangan mereka juga adalah al-Syeikh Abu Hasan dan al-Syeikh Nur al-Hasan, al-Syeikh Muzaffar Hussin, al-Syeikh Muhammad Ismail, al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas dan al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Muhammad Ismail rah.a. Kesemua mereka adalah pendakwah-pendakwah agama Allah s.w.t yang mukhlis dan dari golongan alim ulama yang ulung di zaman masing-masing.

1.2 KELAHIRAN 

Rumah Maulana Zakariyya

Al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Ismail adalah dari keluarga yang memiliki asal usul yang mulia ini di mana salasilah beliau bertemu dengan Saidina Abu Bakr al-Siddq r.a seorang sahabat yang paling Nabi Muhammad s.a.w. kasihi. Beliau telah dilahirkan pada jam 11.00 malam pada malam bulan Ramadhan yang ke sebelas tahun 1315 Hijriah bersamaan 12 Februari 1898 Masihi di dalam suasana yang terbaik pada ketika itu di mana amalan soleh mengatasi kemungkaran dan masayarakat di tempatnya berpegang teguh dengan ajaran agama. Pada masa kelahiranya al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya menjawat jawatan sebagai tenaga pengajar di Madrasah Mazahir al-Ulum, Saharanpur.
 
Syeikh Abu Hassan Nadwi memberi komentar bahawa al-Kandalawi ditaqdirkan lahir di dalam keluarga yang alim dan warak serta istiqamah dalam menjalankan seluruh perintah Allah s.w.t ini terbukti apabila mereka mempunyai jiwa yang teguh serta kental, sabar dalam menghadapi kesusahan dan bersyukur ketika menerima kurniaan yang mengembirakan.

Nenek Maulana merupakan seorang hafizah al-Quran di mana beliau telah menamatkan hafalan keseluruhan al-Quran ketika mengasuh ayahanda Maulana Muhammad Zakariyya.

1.3 PEMBESARANNYA
Al Kandahlawi dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang zuhud dan sederhana. Ibu bapa serta nindanya sangat menyayanginya dan mempunyai aspirasi yang tinggi bagi menjadikan beliau seorang insan yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dengan memiliki ilmu-ilmu agama dan tidak mencintai dunia sehingga bakhil dalam membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t dan menjual ilmu agama bagi mendapatkan keuntungan dan kesenangan duniawi yang sementara.

Ayahandanya mempunyai kaedah dan caranya yang tersendiri dalam memastikan beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan yang intelektual, keterampilan yang progresif dengan paduan antara akhlak dan kewibawaan Rasulullah s.a.w. Tamparan, tengkingan dan pukulan yang menyakitkan lagi memedihkan daripada ayahnya merupakan perkara biasa bagi dirinya sehingga beliau menyatakan dalam kitabnya Aap Beeti berkat dan hasil daripada pukulan ayahandaya serta kesabaran dan ketabahan beliau menghadapinya adalah faktor tercetusnya kebijaksanaan dan kepakaran beliau dalam ilmu agama khususnya dalam bidang hadis.

Beliau beruntung disebabkan sempat hidup sezaman dengan al-Imam al-Rabbani al-Syeikh al-Gangohi dan berpeluang bergaul serta bermuamalah dengan al-Gangohi juga ulama yang lain. Oleh itu beliau telah memperolehi keberkatan menerusi doa dan keberkatan daripada para ulama yang berpegang teguh dengan agama Allah s.w.t yang maha suci yang terdiri daripada golongan fuqaha, muhaddithin dan mereka yang hatinya hampir dengan Allah s.w.t.

Oleh yang demikian keadaanya, Al Kandahlawi berpotensi besar menjadi seorang pemuda yang soleh, bertaqwa, berkarisma menarik serta memiliki hati sanubari yang suci dan murni dengan terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkannya dengan berperisai dengan kubu yang kukuh.
 
Semasa beliau berumur 19 tahun Allah s.w.t telah menetapkan ayahandanya pulang ke rahmatullah pada 10 Zul al-Qacedah 1334 H yang mana beliau mewariskan kepadanya sebuah kedai buku. Dengan perniagaan buku tersebut ayahandanya menyara kehidupan mereka sekeluarga mekipun ayahandanya berkerja sebagai guru di Madrasah Mazahir al-‘Ulum, Saharanpur beliau tidak mengambil sebarang upah atau gaji bulanan walaupun telah didesak beberapa kali untuk menerimanya kerana niatnya yang suci dan murni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t. Dengan kematian ayahnya juga sebagai guru dan mentornya beliau terpaksa berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri bagi menyara diri dan keluarganya.

Perpustakaan peribadi Maulana Zakariyya

1.4 KEHIDUPAN MAWLANA ZAKARIYA
Kehidupan beliau sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang berlegar di sekitarnya. Beliau menjaga masanya setiap detik dan ketika. Selepas beliau solat fajar beliau duduk sekejap. Beliau sibuk berzikir dan berdoa dengan himpunan doa masnun. Kemudian beliau balik ke rumahnya dan duduk bersama orang ramai sambil minum teh tanpa sarapan dan makan. Kemudian beliau masuk ke biliknya dan sibuk mengulangkaji dan mengarang. Pada masa ini tidak ada sesiapapun yang menziarahinya kecuali orang yang ingin belajar atau mereka yang datang sebagai tetamu.

Biliknya lengang dari segala macam perhiasan dan seseorang itu akan terasa berat hati untuk menyusahkan beliau dengan menziarahinya dan berurusan dengan kesibukannya. Selepas solat Zohor beliau sibuk dengan menulis risalah dan jarang sekali beliau tidak melakukan demikian. Kemudian beliau keluar untuk mengajar. Beliau sibuk mengajar selama 2 jam sebelum solat asar. Selepas solat asar beliau duduk bersama orang ramai dan memberi mereka minum teh dan mereka terdiri daripada bilangan orang yang besar. Orang yang menziarahinya menyangka beliau mengadakan kenduri kecil tetapi ia adalah perkara biasa.

Selepas solat Maghrib beliau sibuk dengan amalan-amalan sunat dan wirid. Biasanya beliau tidak makan malam kecuali untuk meraikan tetamu yang besar.

Beliau seorang yang pintar membahagiakan waktu antara masa mengulangkaji, mengarang buku ilmiah, menyambut tetamu dan lain-lain lagi. Semua itu tidak menyibukkannya dari kesibukan dengan tuhannya, berseorangan untuk beribadat, bermunajat, mendidik para pelajar dan tidak menyibukkan daripada mengahdiri perhimpunan besar jemaah tabligh serta tidak menyibukkan daripada mengarang kitab dan surat-surat di dalam pengislahan dan mengajak manusia kepada ajaran Allah yang sempurna.


 Buku-buku milik Maulana Zakariyya 
 
1.5 PENDIDIKAN
Pendidikan al-Kandahlawi bermula pada tahun 1325 H-1907 M hingga tahun 1336 H-1917 M. Di antara masyaikh yang telah menjadi guru dan pembimbing beliau ialah ayahandanya sendiri al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Isma’il, bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas, Syeikh Saharanpuri, Maulana ‘Abd al-Wahid Sanbuli, Maulana ‘Abd al-Latif dan ramai lagi. Beliau belajar membaca dengan Hakim ‘Abd al-Rahman Muzaffarnagar dan menghafal al-Quran melalui bimbingan ayahandanya serta belajar buku parsi dan asas bahasa Arab dengan bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas.

Bapanya menitikberatkan pendidikan dan mengambil kira mengenainya sehingga al-Kandahlawi disuruh membaca setiap apa yang telah dihafalnya daripada al-Quran al-Karim sebanyak 100 kali dan melarang beliau dari bercampur-gaul dengan orang ramai. Beliau tinggal bersama ayahnya di rumah al-Syeikh Gangohi sehingga 8 tahun. Kemudian beliau bersama dengan bapanya pergi ke Mahazhir al-Ulum, Saharanpur menetap di sana di mana bapanya merupakasan salah seorang tenaga pengajar di situ.

Sebelum memulakan pengajian hadis, bapanya al-Syeikh Maulna Muhammad Yahya akan mandi dan solat dua rakacat. Semasa berada di sini, minat al-Kandahlawi terhadap ilmu hadis semakin menebal ini menyebabkan beliau menjadikan hadis sebagai fokus dan matlamat utama kehidupan yang perlu dikuasainya seperti mana leluhurnya telah perolehi.

Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar bapanya beliau mahir dalam pengaplikasian Bahasa Arab, nahu, ilmu morfologi, kesusasteraan dan ilmu mantik. Bapanya al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya mengajarnya kutub sittah dari pada awal hingga akhir, manakala al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri mengajarnya sahih al-Bukhari dan sunan al-Tirmidhi buat kali kedua.

Semasa di alam persekolahan lagi al-Kandahlawi telah mula berjinak dalam arena penulisan di mana beliau menjadi penulis dan penyunting kitab Baz al-Majhud syarah Sunan Abu Daud hasil karya al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Al-Kandahlawi berguru dengannya sehingga beliau meninggal dunia di Madinah al-Munawwarah pada 1346 H. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’.

 Maulana Zakariyya telah dikuburkan di Perkuburan Baqi’ di Madinah

Sebelum wafat al-Saharanpuri telah menyatakan hasratnya kepada al-Kandahlawi supaya membantunya menghasilkan sebuah kitab Syarah Sunan Abi Daud yang diberi nama Baz al-Majhud ini kerana beliau tidak terdaya menghasilknya sendiri disebabkan faktor usianya yang telah lanjut dan uzur serta ganguan angota badannya yang kerap kali bergetar dan mengigil, halangan sebegini menyukarkannya menyiapkan kitab ini secara perseorangan.

Tawaran berharga yang diberikan oleh grunya itu tidak dipersia-siakan begitu sahaja ini kerana selain dapat membantu syeikhnya menghasilkan kitab yang berstatus tinggi ini beliau dapat mengasah dan mempertingkatkan kemahiran penulisannya dengan lebih inovatif, kreatif dan efektif.

Peranan yang dimainkan beliau dalam membantu gurunya menghasilkan penulisan Baz al-Majhud ialah dengan mencari kitab-kitab dan artikel-artikel ilmiah yang ditetapkan oleh al-Saharanpuri samada yang berada di maktabah atau di kutab yang terdapat di Mazahir al-Ulum dan di luar madrasah kemudian menukil fakta-fakta yang sesuai lalu dibentangkan kepada al-Saharanpuri untuk disemak dan dikaji serta dibuat penyusunan fakta. Apabila fakta dan komentar tersebut telah siap disusun al-Saharanpuri akan mengimlakannya kepada al-Kandahlawi dan beliau akan menulisnya mengikut apa yang dibaca oleh gurunya. Dengan semangat juang dan kometmen serta ketekunan yang gigih dalam penulisan ini maka kitab ini dapat disempurnakan dan diterbitkan.

Semenjak daripada itu al-Kandahlawi memperolehi keberkatan dan kebaikan dari syeikhnya di mana beliau menjadi khalifah dan naib kepada al-Saharanpuri serta namanya diabadikan di dalam prakata kitab tersebut seperti mana berikut:

Saya telah meminta tolong beberapa orang sahabat saya yang ternama di antaranya adalah saudara dan penyejuk mata serta hati saya Haji Hafiz Mulwi Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi dalam menghasilkan kitab Baz al-Majhud dan beliau menyetujuinya. Saya tidak terdaya menulis dengan tangan disebabkan sentiasa mengeletar serta minda dan semangat yang lemah. Oleh itu saya akan mengimlakan kepadanya dan dia akan menulisnya. Dialah yang mencari maklumat dan fakta yang rumit ditemui di dalam sumber rujukan. Saya bermohon kepada Allah s.w.t. dengan usaha dan komitmen yang diberikan agar mengurniakan kepadanya ganjaran dan keberkatan yang terbaik atas usaha yang telah beliau sumbangkan dalam menjayakan penerbitan kitab ini.

Tempat belajar Maulana Zakariyya

1.6 PERJALANAN KE TANAH SUCI
Pencinta dan penjaga sunnah Rasulullah s.a.w. ini berkesempatan dan berpeluang pergi ke tanah suci iaitu Makah dan Madinah. Beliau telah telah mengerjakan rukun Islam yang kelima ini beberapa kali. Kekerapan beliau datang ke tempat ini meninggalkan kesan yang mendalam dan luar biasa ke atas jiwa raga serta keintelektualannya. Pada tahun 1338 H beliau pergi ke tanah suci mengiringi guru beliau al-Saharanpuri.

Ketika berada di sana al-Saharanpuri terjumpa sebuah manuskrip Musnad Abdul Razak, ini menimbulkan keinginan yang mendalam untuk memilikinya tetapi terpaksa dibatalkan hasrat dan keinginannya yang mendalam untuk memilikinya disebabkan penjual mengenakan harga yang melebihi wang yang dimilikinya.

Untuk tidak menghampakan gurunya al-Kandahlawi membuat satu inisiatif yang di luar jangkaan al-Saharanpuri di mana beliau meminjam manuskrip tersebut dan menyalinnya semula dengan mengunakan tulisan tangan. al-Kandahlawi berjaya menyalin semula manuskrip tersebut dengan kerjasama yang diberikan oleh kawan-kawanya. Usaha ini mengambil masa selama sepuluh hari bagi menyiapkannya.

1.7 KEPERIBADIAN DAN CIRI-CIRI KHUSUS
Kondisi yang positif serta semulajadi pada ketika itu telah mencorakkan kehidupan beliau dari remaja hingga dewasa di bawah rahmat ilahi dan tarbiah serta pengawalan yang komprehensif lagi realistik menerusi para pendidik dan pembimbing yang memiliki spiritual yang konkrit lagi intensif dalam mengaplikasi arahan Allah S.W.T. dalam kehidupan mereka. Ini telah menjadikan beliau seorang yang tenang dan mempunyai rohani yang suci lagi bersih, cita rasa yang menepati kehendak Allah S.W.T. dan cenderung kepada semua kebajikan seperti ibadah, taqwa, pengajian, mengarang dan kesempurnaan sifat-sifat mulia yang dapat dibaca menerusi wajah beliau, sentiasa bersedia menemui Allah S.W.T. memiliki hati yang mulia, sangat memuliakan para tetamu dan mempunyai tabiat semulajadi yang mulia.

Beliau memiliki bentuk tubuh badan yang sasa, warna kulit yang putih dan mempunyai bibir mulut yang merah. Beliau sangat rajin tanpa mengenal erti kemalasan. Jiwanya yang halus, bermanis muka, peramah penyayang, banyak bersenda gurau dengan mereka-mereka yang berlembut atau mereka yang menyukai untuk berlembut, mudah menitiskan air mata dan mudah tersentu perasaan ketika mana disebut mengenai sesuatu dari kisah Rasul s.a.w., sahabat, awliya’ atau mengeluarkan bait syair yang merdu. Beliau akan mengalirkan air mata dan tidak dapat mengawal tangisan. Jika beliau diselubungi perasaan hiba maka beliau akan menitiskan air mata.

Manuskrip tulisan tangan Maulana Zakariyya

Di antara sebesar-besar kebanggaan yang dimiliki oleh beliau yang boleh dibanggakan di dalam kehidupannya ialah beliau telah mengahabiskan seluruh masanya untuk perkara yang berguna serta tidak mencuaikan masanya yang penuh berharga dengan sia-sia. Kehidupanya penuh dengan perkara-perkara yang boleh diambil contoh dan intisari ibadat, zikir, mengajar, mengarang, memperbaiki rohani, memberi tunjuk ajar dan nasihat.

1.8 MANHAJ DAN METODOLOGI PENULISAN
Al-Kandahlawi bergiat aktif dalam arena penulisan semenjak di alam persekolahan lagi. Beliau berkarya mengunakan Bahasa Urdu dan Arab di mana kepakaran dan kefasaihannya dalam bahasa tersebut tidak perlu dipertikaikan lagi. Seperti mana para cendiakawan Islam yang lain, mereka menulis dalam pelbagai bidang dan pengkhususan ilmu agama seperti hadis, fiqh, aqidah, kelebihan amalan, perundangan islam dan lain-lain lagi begitu juga beliau yang mana telah menghasilkan pelbagai kitab yang berkaitan dengan ilmu di atas.

Kitab yang ditulisnya dibaca dan menjadi rujukan samada dari golongan alim ulama dan orang yang jahil ilmu agama. Oleh yang demikian matlamat sasaran pembaca penulisan beliau terbahagi kepada dua iaitu orang yang alim dalam bidang agama dan orang awam biasa yang mana kitab yang ditulis untuk kedua-dua sasaran ini berlainan dan berbeza dari segi metode, uslub bahasa dan fakta.

Kitab kelebihan amal yang mengandungi enam bab iaitu kelebihan solah, zikir, al-quran, Ramadhan, sedeqah, haji dan umrah, tabligh dan hikyah sahabah diterbitkan untuk dibaca oleh orang awam yang tidak mahir dalam ilmu agama bagi tujuan memberi ransangan dan mewujudkan semangat yang berkobar-kobar di dalam sanubari mereka menjalankan amalan agama serta perundangan Islam. Kitab Awjaz al-Masalik syarah kitab al-Muwatta’ Imām Malik, Lami’ al-Dirari Ala Jami’ al-Bukhari, Al-Abwab wa al-Tarajim  al-Bukhari, Juz Haj al-Wida’ wa Umrah al-Nabi, Khasail Nabawi Syarh Shamail al-Tirmidhi, Al-I’tidal fi Maratib al-Rijal dan lain-lain dihasilkan untuk orang-orang yang ingin mendalami ilmu agama, para pelajar agama dan alim ulamak sebagi sumber rujukan.

Apakah pegangan al-Kandahlawi mengenai permasalahan kebenaran beramal dengan hadis daif? Pendapat al-Kandahlawi dalam perkara ini sama dengan pendapat jumhur ulamak iaitu dibolehkan beramal dengan hadis daif dalam permasalahan taghib, tarhib, kelebihan-kelebihan amal dan manaqib sahaja dan tidak dibolehkan dalam permasalahan halal haram dan aqidah.

Bagaimana sistem yang diaplikasi oleh beliau ketika proses pendidikan? al-Kandahlawi mengikuti sistem dan kaedah dirayah dan riwayah serta mengekalkan sistem sanad dari awal hingga penulis kitab hadis khususnya kutub sittah. Bagi menghasilkan buku untuk tatapan orang awam al-Kandahlawi menulis dan mengeluarkan hadis taghrib dan tahzib yang mana beliau mengunakan kitab hadis (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi, Sunan al-Nasai & Sunan Ibn Majah), kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, kitab Majma’ al-Zawa’id oleh al-Haitsami dan kitab Jami’ al-Sagir oleh al-Suyuti. Dalam penulisan hadis Al-Kandahlawi mengunakan metodos sanad, matan dan hukum hadis tersebut.

Dalam meriwayatkan dan menukilkan sesebuah hadis dalam kitabnya beliau akan menyatakan sanad hadis tersebut dari pembuku hadis sehinggalah kepada Rasulullah s.a.w seperti dalam kitabnya Awjaz al-Masalik, selepas menyatakan matan hadis tersebut beliau menjelaskan jenis dan hukum hadis tersebut samada mursal, munqati’, daif, sahih dan sebagainya. Seperti mana dalam kitab Awjaz al-Masalik beliau menyusun tajuk mengikut bab-bab fiqh seperti salat, wudu’, taharah dan sebagainya. Sebagai seorang yang alim dalam ilmu fiqh beliau akan cuba membuat perbandingan pendapat mazhab yang empat dalam sesuatu permasalahan yang terdapat di dalam hadis yang beliu nukillkan dalam penulisannya sehingga pembaca tidak mengetahui beliau dari mazhab yang mana dalam empat mazhab tersebut.

1.9 KARYA-KARYA
Penyusunan kitab dan usaha yang gigih dalam menghasilkan bahan ilmiah yang tinggi mutu, kualiti dan nilainya merupakan satu bab dalam kehidupan al-Syeikh Muhammad Zakariyya rah, dan kalau dikaji dengan kajian lapangan bahawa berkat daripada penulisan beliau masih melimpah hingga sekarang walaupun beliau telah meninggal dunia 28 tahun yang lalu. Berikut disenaraikan karya penulisan ilmiah yang komprehensif dihasilkan oleh beliau;

a). Tarikh Mazahir dan Tarikh Masyaikh

Dua buah buku di atas adalah permulaan karya beliau. Makna buah buku ini ialah 50 Tahun Keadaan Madrasah Mazahir Ulum dan Riwayat Hidup Para Masyaikh.

b). Awjaz al-Masalik 


18 jilid kitab Awjaz al-Masalik

Dalam kitab ini Maulana menukil kesimpulan yang nyata serta intelek daripada komentar-komentar yang dibuat oleh para cendiakawan hadis lain samada pendapat yang sepakat atau khilaf beserta dengan dalil mereka berhubung sesuatu isu. Kitab ini telah mendapat banyak pujian daripada tokoh-tokoh ulama Hijaz. Di antara tokoh ulamak tersebut ada seorang yang berkata “Seandainya pengarang kitab ini tidak menyatakan di dalam muqaddimahnya bahawa beliau bermazhab Hanafi, maka pasti kami akan menyangka bahawa beliau bermazhab Maliki secara terperinci. Selain itu, beliau dapat mengumpulkan banyak masalah-masalah fiqhiyah mazhab Maliki di mana penjelasan masalah tersebut sukar untuk ditemui dalam mana-mana kitab mazhab Maliki sekalipun.”

Alim ulamak dari negara Arab khususnya Arab Sacudi, semoga Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kemulian dan keagungan yang tinggi serta alim ulama dari Damsyik sangat berharap kepada al-Kandahlawī agar kitab ini dapat diterbitkan di Beirut, Lebanon. Ada seorang yang kaya raya dari Mekah al-Mukarramah telah menerbitkan kitab ini dengan pembiayaan peribadinya sendiri.Kitab yang mempunyai enam jilid serta ditulis dalam Bahasa Arab ini merupakan salah satu dari kitab-kitab beliau yang masyhur dan bersifat kontemperari pada ketika itu. Awjaz al-Masalik ialah syarah kitab al-Muwatta’ Imam Malik hasil usaha serta titik peluh beliau selama kira-kira 40 tahun. Kitab ini merupakan salah satu dari kitab komentar al-Muwatta’ Imam Malik yang paling komprehensif yang mana mengandungi sains hadis, ilmu perundangan Islam dan komentar hadis.

c). Lami’ al-Dirari ‘Ala Jami’ al-Bukhari
Karya ini mula penulisannya pada hari Rabu 7 Muharram 1376 dan disempurnakan pada 10 Rabic al-Awwal 1388H dan ditulis dalam Bahasa Arab serta mengandungi 3 jilid. kitab syarah Bukhari ini merupakan hasil usaha Syeikh Rashid Ahmad dan bapanya Syeikh Yahya al-Kandahlawi. Maulana Muhammad Zakariyya berperanan mengedit, mentahqiq dan menjelaskan perkara yang perlu diperjelaskan.

d). al-Abwab wa al-Tarajim Li al-Bukhari
Sebuah penerangan dan penjelasan tentang setiap tajuk yang terdapat di dalam kitab Sahih Imam al-Bukhari. Buku ini mengumpulkan pendapat para sarjana dan ilmuan hadis keunikan dan reasional serta hubungan di antara hadis dan tajuk yang diberikan bagi hadis tersebut. Perkara ini perlu dijelaskan kerana ulama pensyarah Jamic Sahih al-Bukhari menyatakan bahawa fiqh Imam al-Bukhari terletak pada tajuknya. Kita akan mendapati di dalam kitab al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih hadis yang ditulis secara berulang dan ketidak sesuaiaan hadis dengan tajuk yang diberikan dari segi pemahaman biasa. Dalam kitab ini al-Kandahlawi bukan sahaja mengambil pendapat daripada imam-imam hadis seperti Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani dan Shah Wali Allah al-Dehlawi tetapi beliau membuat perbandingan di antara komentar mereka dan cuba mendapatkan korelasi berdasarkan research yang beliau jalankan. 

e). Juz’ Haj al-Wida’ wa ‘Umrah al-Nabi
Kitab ini mula dihasilkan pada Jumaat 22 Rabi al-Awwal 1341H pada jam 12 tengahari dan selesai penulisannya pada jam 01.30 malam hari Sabtu pada mulanya kemudian disunting untuk diterbitkan pada 15 Rejab 1390. Sebuah kitab bahasa Arab yang komprehensif yang menerangkan mengenai jumlah Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan haji dan umrah, cara dan panduan mengerjakan haji, lokasi-lokasi yang akan dilawati semasa mengerjakan haji dan umrah dan lain-lain.

f). Khasail Nabawi Syarh Shamail al-Tirmidhi.
Kitab ini mula ditulis pada 1343H dan berakhir pada 1344H. Kitab syarah al-Syamail al-Muhammadiyyah ini mengandungi koleksi-koleksi hadis yang berhubung sifat dan ciri yang terdapat pada diri Nabi Muhammad s.a.w. Kitab ini telah diterjemah ke pelbagai bahasa.

g). Fadail al-A’amal dikarang pada 1348 H.
h). Fadail Ramadan ditulis pada 1349 H.
i). Fadail Tabligh dihasilkan bertarikh 1350 H.
j). Fadail Namaaz (Solah) diterbitkan pada 1358 H.
k). Fadail Haj, selesai pada 1367 H.
l). Fadail Sadaqah, karya pada tahun 1368 H.
m). Fadail Zikr
n). Fadail Durood Sharif, 1384 H.
o). Fadail Tijarah, 1401 H.
p). Hikayah al-Sahabah, 1357 H.
q). Al-I’tidal fi Maratib al-Rijal, 1357 H.
r). Daari Ka Wujoob.
s). Aap Bieti, mempunyai 5 jilid, 1388-1391 H.
t). Syari’ah wa Tariqah, 1398 H.
u) Um al-Amrad.
v) Fitna al-Maududiah
w) Mowt Ki Yaad

1.10 GURU-GURU MAULANA
Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi dirahmati dan dikasihi kerana dapat bertalaqi dan berguru dengan para alim ulamak serta ilmuan yang tinggi ilmu dan keperibadiaanya serta mempunyai tahap kerohaniaan yang agung di benua kecil India. Di antara alim ulamak tersebut ialah ayahandanya sendiri al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Ismail yang lahir pada 1287 H. Beliau seorang sarjana yang mahir serta berpengalaman dalam lapangan hadis juga perundangan islam.

Hasil daripada pukulan dan hukuman serta kata-kata nasihat daripada ayahandanya beliau menjadi seorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap hadis dan mempunyai ketabahan yang amat luar biasa dalam menguasainya. Al-Kandahlawi telah menghafal al-Quran semasa berumur 7 tahun. Ayahnya memerintahkan supaya membaca ayat al-Quran yang telah dihafal sebanyak 100 kali. Selain daripada Maulana Muhammad Yahya, al-Kandahlawi berkesempatan berguru dengan bapa saudaranya al-Syeikh al-Da’ei Maulana Muhammad Ilyas dalam bidang hadis. Beliau berpeluang berguru dengan sarjana hadis yang masyhur dan merupakan muhtamim(pengetua) madrasah Mazahir al-‘Ulum Saharanpur serta penulis kitab Bazl Majhud, di mana di bawah bimbingan dan asuhannya beliau memperolihi kemahiran dan metode dalam penulisan hadis serta gelaran Syeikh al-Hadis.

Selain daripada mereka bertiga al-Kandahlawi dimuliakan dan ditinggikan kerohaniaanya natijah daripada korelasinya dengan para ulama yang berikut yang mana telah menjadi sumber inspirasi, pemangkin semangat kerohanian dan berlakunya anjakan paradigma bagi menjadi seorang yang calim dan faqih dalam aliran hadis nabawi.

a) Maulana Qasim Nanotwi.
b) Maulana Khalil Ahmad Saharanpui.
c) Maulana Rashid Ahmad Gangohi.
d) Maulana Qasim Nanotwi.
e) Maulana Imdadullah
f) Maulana Mahmud al-Hassan
g) Maulana Asyarf Ali Thanwi.
h) Maulana Hussain Ahmad Madani.
i) Maulana Syah Abd al-Qadir Raipuri.
j) Maulana Abu al-Hassan ‘Ali Nadwi.
k) Maulana Sulaiman Nadwi.
l) Maulana ‘Ashiq Ilahi.
m) Shah ‘Abd al-‘Aziz Dahlawi.
n) Maulana al-Haj ‘Abd al-Latif Sahib
o) Maulana Zafar Ahmad Thanwi, Syaikh al-Islam Pakistan, 1310 H.
p) Maulana ‘Abd al-Wahid, 1290 H (tarikh dilahirkan).
q) Hadrah Nazim Sahib.

1.11 KERJAYA DAN MURID-MURIDNYA
al-Kandahlawi telah dilantik menjawat jawatan sebagai tenagan pengajar di Madrasah Mazahir al-‘Ulum, Saharapur dari tahun 1335 H-1916M ketika berusia 20 tahun sehingga 1388H-1968M ketika berusia 72 tahun iaitu dalam jangka masa 52 tahun beliau berbakti dalam arena pendidikan dan pengajaran. Sungguhpun beliau pernah mengajar dan mendapat tawaran mengajar di beberapa buah institusi agama yang lain, Mazahir al-‘Ulum, Saharapur merupakan tempat paling lama beliau mengajar dan berkhidmat. Mazahir al-‘Ulum merupakan sekolah lama beliau di mana selama 11 tahun beliau belajar di situ.
al-Kandahlawi adalah seorang yang zuhud dan ta'at serta patuh kepada sunnah nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.

Beliau tidak mengunakan agama untuk mendapatkan kekayaan dan kesenangan hidup walaupun peluang ke arah kesenangan terbentang luas baginya. al-Kandahlawi tidak mengambil upah atau gaji dari kerjayanya sebagai tenaga pengajar di Mazahir al-‘Ulum walaupun pihak madrasah telah memperuntukan baginya gaji bulanan tetapi beliau akan memulangkannya semula pada keesokan harinya sebagai sedeqah kepada madrasah.

al-Kandahlawi pernah ditawar bertugas sementara di Institut Da-iratul Ma’arif sebagai penulis kitab Asma' al-Rijal bagi kitab hadis al-Imam al-Baihaqi dengan gaji bulanan sebanyak 800Rp, sebuah kereta kerajaan dengan pemandu kereta dan minyak petrol yang dibayar oleh kerajaan serta tempat tinggal yang juga disediakan oleh kerajaan Hyderabad. Namun begitu beliau menolaknya dengan jawapan “aku tidak ingin hidup di bawah ihsan orang lain”.

Terdapat pelbagai bukti memperlihatkan beliau mengambil berat dan perhatian yang mendalam terhadap institusi agama ini. Semasa di madrasah ini, al-Kandahlawi telah mengajar lebih kurang tiga puluh lima buah kitab ilmiah seperti tatabahasa ‘Arab, ilmu morfologi, sastera, ilmu perundangan Islam, kitab hadis seperti kitab al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih dan Sunan Abu Daud, Bahkan al-Kandahlawi telah mengajar seluruh kitab yang menjadi sillabus di madrasah tersebut.

Beliau telah membuat percapaian yang hebat apabila berjaya menamatkan beberapa buah kitab primier Islam dalam pengajarannya iaitu kitab Nur al-Anwar sebanyak tiga kali, kitab Misykat al-Masabih tiga kali, Sunan Abu Daud sebanyak tiga puluh kali, kitab Bukhari jilid awal sebanyak lima puluh kali dan kitab al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih keseluruhannya sebanyak enam belas kali.

Abu al-Hasan Nadwi berkata meskipun al-Kandahlawi adalah salah seorang guru yang paling muda di Mazahir al-‘Ulum dia telah dipilih untuk mengajar pelajaran yang belum pernah ditugaskan kepada guru lain yang sama umur dengannya pada ketika itu. Beliau bukan sahaja menunjukan kebolehannya menjadi seorang guru yang berdidikasi dan berketerampilan malah mampu menghasilkan hasil karangan yang mempunyai kauliti dan nilai yang abstrak.

Pada tahun 1345H al-Kandahlawi berkesempatan pergi ke kota Madinah al-Munawwarah selama setahun. Di sana beliau telah ditugaskan mengajar kitab Sunan Abu Daud di Institut Agama al-Shari'ah, Madinah al-Munawwarah. Semasa di sana al-Kandahlawi memulakan penulisan Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik pada ketika itu beliau berumur dua puluh sembilan tahun.

Apabila beliau kembali ke tanah airnya beliau telah diminta untuk menjawat semula menjawat jawatannya sebagai pengajar di Mazahir al-‘Ulum. Sillabus yang diberikan kepadanya ialah mengajar kitab Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaei, Muwatta’ Imam Muhammad dan sebahagian kitab al-Jamic al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih, tetapi selepas kematian pengetua Mazahir al-‘Ulum beliau ditugaskan mengajar seluruh sahih al-Bukhari. Al-Kandahlawi menjadi tenaga pengajar Mazahir al-‘Ulum sehingga 1388H dan menamatkan kerjayanya sebagai guru hadis disebabkan matanya ditumbuhi katarak.

 Madrasah Mazahir Darul Ulum

Ramai di kalangan penuntut beliau telah berjaya menamatkan pelajaran hadis melalui beliau dan memperdengarkan pelajaran mereka di hadapannya iaitu sistem talaqi. Ramai juga di antara mereka yang menceburkan diri dalam arena pendidikan dan berkhidmat untuk agama yang syumul dan ilmu agama di pelbagai tempat. Selain dari itu, ramai murid-murid beliau telah tamat pendidikan dan pelajaran melalui beliau yang hati sanubari mereka disinarai makrifah Allah sehingga mereka telah berbai’ah dan janji setia melalui tangan beliau yang mulia, mempelajari ilmu suluk dan ilmu tasawuf secara khusus dan dengan nikmat Allah s.w.t telah berjaya mencapai darjat kerohanian yang tinggi dalam ilmu tersebut.

Terdapat juga di antara mereka mewaqafkan seluruh kehidupan mereka untuk usaha atas agama Allah s.w.t dengan perantaraan bermujahadah, melapangkan masa keluar di jalan Allah s.w.t menemui orang-orang islam yang jauh dari agama Allah supaya mengamalkan dan menjalankan seluruh perintahnya dalam kehidupan serta menjadi dacei Allah (penyeru Allah) agar orang-orang Islam faham bahawa masa, harta dan diri mereka bukan kepunyaan mereka tetapi kepunyaan Allah s.w.t serta keluar di jalan Allah s.w.t seantero dunia agar dengan mujahadah dan susah payah yang ditunjukan akan membuka kerahiman Allah s.w.t dan hidayah dapat tersebar ke seluruh alam. Berikut senarai nama-nama murid-murid al-Kandahlawi yang telah menjadi ulamak yang masyhur dan disegani seantero dunia;

1. Syeikh Maulana Muhammad Yusuf bin Maulana Muhammad Ilyas (ketua
Jemaah Tabligh yang kedua).
2. Maulana Inamul Hasan (ketua Jemaah Tabligh yang ketiga)
3. Maulana Izhar al-Hassan dan para pelajar di Madrasah Kashif al-cUlum.
4. Maulana Mufti Mahmud Hasan Ganggohi, pengajar hadis di Dar al-cUlum,
Deoband.
5. Maulana Munawwar Husein, Syeikh al-Hadis di Dar al- ‘Ulum Lathifi Kethar.
6. Maulana ‘Abd al-Jabbar, Syeikh al-Hadis di Jami’ah Qasimiah Shahi Muradabad.
7. Maulana Akbar ‘Ali Saharanpuri, pengajar di Madrasah Mazahir al- ‘Ulum dan
juga pengajar hadis di Dar al- ‘Ulum Karachi, Pakistan.
8. Maulana Ubaidillah Belyawi, pengajar hadis di Madrasah Kashif al- ‘Ulum,
Delhi.
9. Mufti Muzaffar Husein, pengajar hadis dan wakil Madrasah Mazahir al- ‘Ulum
Saharanpur.
10. Maulana Muhammad Yunus Jupuri, Syeikh al-Hadis Madrasah Mazahir
al- ‘Ulum Saharanpur.
11. Maulana Muhammad ‘Aqīl, pengajar hadis di Madrasah Sadhar Mudarisin juga di Madrasah Mazahir al- ‘Ulum Saharanpur.
12. Maulana Muhammad Ashik Ilahi Balanshari, pengajar hadis di Madrasah Dar al- ‘Ulum Karachi.
13. Maulana Muhammad Salman pengajar hadis di madrasah Mazahir al- ‘Ulum
Saharanpur.
14. Maulana Taqiyuddin, pengajar hadis.
15. Maulana Bashir Ahmad, pengajar hadis di Dar al- ‘Ulum Tanbu di Rangoon.

Friday, October 24, 2014

KELEBIHAN DAN FADHILAT BULAN MUHARRAM

Oleh Cahaya Purnama

Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (QS Al-Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai ‘Bulan Allah’ (Shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda SAW kepada Allah SWT lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah SWT tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khawas (khusus) di kalangan makhluk-makhlukNya.

Berkata Al-Hassan Al-Basri rahimahullah: “Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Kelebihan Hari Asyura & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: “Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (yakni 10 Muharram), maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Asyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah SWT akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka.”

Sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah SAW: “Benar!

• Allah SWT telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura,
• dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Asyura;
• dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Asyura;
• dan Allah SWT menyelamatkan dari api neraka pada hari Asyura;
• dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Asyura;
• dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Asyura;
• dan Allah SWT memberi taubat kepada Adam pada hari Asyura;
• dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura;
• dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura;
• dan akan terjadi Kiamat pada hari Asyura.

PERISTIWA 10 MUHARRAM
10 Muharram – Dinamakan juga ‘Hari Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Bertanya para sahabat: “Wahai Rasulullah! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?”

Jawab Baginda SAW:
1.Allah SWT menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.Allah SWT menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam AS pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam AS ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim AS pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim AS dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail AS dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud AS pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Nabi Isa AS pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub AS pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa AS ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam AS pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh AS daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan pada 10 Muharram

Peristiwa lain;
1.Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2.Diangkat Nabi Idris AS ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
6.Allah SWT menjadikan ‘Arasy.
7.Allah SWT menjadikan alam.
8.Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah RA berkata: “Hari Asyura ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa AS dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat, engkau berpuasalah pada hari Asyura.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata: “Barangsiapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.”

Sufyan berkata: “Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.”

Said bin Jubair dari Ibn Abbas RA berkata: “Ketika Nabi SAW baru berhijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Asyura, maka ditanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka: “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa AS dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”.

Maka sabda Nabi SAW: “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu“, maka Nabi SAW menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata: “Dinamakan Asyura kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.” Ada lain pendapat yang mengatakan hari Asyura kerana Allah SWT telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan:

1.Allah SWT telah menerima taubat Nabi Adam AS
2.Allah SWT menaikkan darjat Nabi Idris AS
3.Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh AS
4.Nabi Ibrahim AS dilahirkan pada hari Asyura dan diangkatkan sebagai ‘Khalilullah’ (Kekasih Allah) juga diselamatkan dari api.
5.Allah SWT menerima taubat Nabi Daud AS
6.Allah SWT mengangkat Nabi Isa AS ke langit
7.Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa AS
8.Allah SWT menenggelamkan Fir’aun
9.Allah SWT mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10.Allah SWT mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman AS
Semua ini terjadi pada hari Asyura. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Asyura kerana ia kesepuluh dari kemuliaan-kemuliaan yang diberikan Allah SWT pada umat ini:
1.Bulan Rejab – Allah SWT menjadikannya sebagai kemuliaan bagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat ini ke atas umat yang lain.
2.Bulan Sya’ban – Allah SWT melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW ke atas semua Nabi.
3.Bulan Ramadhan – Allah SWT melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah SWT terhadap semua makhluk.
4.Lailatul Qadar yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
5.Hari Aidil Fitri sebagai hari pembalasan (penerimaan upah)
6.Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah SWT.
7.Hari Arafah yang dapat menebus dosa dua tahun.
8.Hari Aidil Adha iaitu hari berkorban.
9.Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
10.Hari Asyura yang puasanya dapat menebus dosa satu tahun.

Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah SWT diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka. Di bawah ini ada beberapa terjemahan hadith untuk panduan kita bersama:

Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (HR Muslim)

Abu Musa Al-Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar RA: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun.” (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA katanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang puasa hari Arafah. Jawab Baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang.” Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura. Jawab Baginda: “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu.” (HR Muslim)

Dari Aisyah RA katanya: “Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi SAW pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga.” (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas RA katanya: “Ketika Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi pun bertanya: “Hari apa ini?” Jawab mereka: “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah SWT melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi: “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari Asyura.” (HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke-sembilan dan ke-sepuluh Muharram dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (HR Al-Baihaqi)

Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang- orang soleh. Insya Allah. Wallahua’lam.

Wednesday, October 22, 2014

Puting Beliung Sudah Cerobohi Tanah Melayu?


Tanah Melayu ini bumi yang bertuah. Lebih bertuah berbanding banyak negara lain yang by default mempunyai pelbagai bencana alam seperti gunung berapi (Indonesia), banjir besar (Bangladesh, China), kebakaran hutan, puting beliung (AS), tsunami (Jepun) dan wabak penyakit (benua Afrika).

Namun itu dahulu, kini sudah berturut turut kes puting beliung dan angin kuat berlaku sejak beberapa minggu ini. Bermula dengan hujan ribut yang kuat di Kuala Lumpur dalam dua minggu lepas hingga meruntuhkan dinding rumah. Kemudian berlaku lagi di Pendang, Penang,  kedengaran pula selepas itu di Bintulu. Semalam di Pandamaran dan Tambun Tulang Perlis.

Apa sebenarnya petunjuk daripada Tuhan melalui puting beliung ini?

Apakah ini sebahagian amaran Allah SWT agar manusia yang lupa beringat kepadaNya? Apakah ini berlaku akibat ketamakan manusia yang mencemari dan mencabuli alam sekitar? Habis gondol bukit dikerjakan, pokok berusia beratus tahun juga lenyap selain kerakusan manusia mahu meratah hasil alam.

Bukan itu sahaja, alam Melayu adalah tanah bumi yang dikatakan paling subur di dunia.

Syaikh Ahmad telah memperkenalkan bangsa Melayu dengan menyebut:.

“Iaitu himpunan kaum-kaum Melayuwiyah nisbah kepada Melayu dengan kasrah [baris di bawah bagi huruf] mim atau difathahkan [baris di atas]nya dan dammah[barisan di depan bagi huruf] ya. Mereka itu adalah suatu kelompok atau golongan yang besar daripada manusia. Negeri mereka adalah sesubur-subur negeri di dunia”.

Sumber daripada  “Kepelbagaian Pemikiran Dan Perjuangan Syaikh Ahmad-Kesan Dahulu & Sekarang’. Ucaputama Seminar Pemikiran Syaikh Ahmad al-Fatani. Wan Mohd. Shaghir . Pusat Pembangunan Pondok. 2002″.

Kini Tanah Melayu yang subur ini sudah disentuh oleh puting beliung. Dulu Tanah Melayu yang subur ini jadi tumpuan penjajah barat datang menjarah. Mereka bawa bersama kaum lain untuk turut mengubah sejarah. Generasi yang ada kini sudah lupa sejarah dan adat Tanah Melayu. Hukum agama pun turut dilupa. Hanya mahu ikut akal semata mata.

Dulu puting beliung seolah segan hendak sentuh Tanah Melayu. Dia (puting beliung) itu selalunya lalu di Laut Cina Selatan. Kemudian lintas dari Filipina menuju ke Vietnam, Kemboja, negara China. Itulah “vice versa” laluannya beberapa kali setahun. Tanah Melayu masih terjaga dan terlindung kerana dikatakan ada para aulia berdoa untuk kesejahteraan Tanah Melayu ini.

Namun kebelakangan ini, semenjak ada pesta arak secara terbuka, menyokong dan mempertahankan orang yang mengamal perbuatan kaum Lut, pesta peluk anjing diadakan maka puting beliung sudah singgah beberapa kali di Tanah Melayu.

Sudah dua kali dia (puting beliung) singgah. Mungkin mahu memberi peringatan. Jangan sampai beliung itu nanti meliibas habis habisan seperti angin taupan Greg di Sabah suatu ketika dahulu.

Beringatlah kita sebelum terlambat. Jangan kemudian macam monyet tuduh menuduh satu sama lain. Kami terpaksa ingatkan kerana para lebai dan agamawan yang hari ini sudah lagi tidak berlaku jujur macam dulu.

Syaikh Ahmad Fatani pernah mengariskan sumbangan anggota masyarakat di dalam membangunkan negeri dengan memetik perkataan Imam Hasan al-Basri:

“Jikalau tiada segala orang yang benar [sadiqun] niscaya binasa oleh bumi, dan jikalau tiada ada ulama niscaya adalah manusia seperti segala binatang dan jikalau tiada ada raja niscaya membinasa oleh manusia setengah mereka itu akan setengah dan jikalau tiada ada segala orang bodoh yang mereka itulah orang yang meramaikan dunia dengan umpama membinakan rumah-rumah dan mahligai-mahligai dan mengerjakan segala pekerjaan yang lebih daripada hajat diri mereka, niscaya jadi roboh dunia”. Al-Fatawa al-Fataniyyah m/s 209

“Jikalau tiada segala orang yang benar nescaya binasa oleh bumi” dengan kata kata ini maka setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan untuk bertindak menegur segala perbuatan yang tidak baik di sisi masyarakat. Sebelum menyalahkan pihak lain, lebih baik menegur dengan sifat saqiq (berkata benar).

Dan (Tuhan berfirman lagi); Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Surah Al-A’raaf 7: 96)

Allah SWT. menjelaskan didalam surah al-Rum ayat 41:

Maksudnya: “Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali ( insaf dan bertaubat ).”

Kembalilah kepada hukum Allah SWT, usah membuat hukum sendiri berdasar hukum akal. Ingat memperingati itu baik bagi orang yang beriman. Wallahualam, moga Tanah Melayu masih lagi terpeliharaNya. Amin.

Penganjur 'sentuh anjing' tidak tepati persetujuan MAIS


FENOMENA OTAK UDANG LIBERAL 
http://imgur.com/XcToXXF
ALBUM
http://imgur.com/a/lIELy



SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada Selasa menjelaskan penganjur 'I want to touch a Dog' telah tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam.

Beliau berkata menerusi surat penganjur pada 3 Okt lalu, program berkenaan dibuat untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.

Katanya program itu juga dianjurkan bagi menerangkan kaedah yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, memegang dan mengendalikan anjing serta cara menyamaknya.

"Saya telah menerima cadangan mengadakan program sedemikian dan telah membincangkannya dengan lebih lanjut bersama salah seorang wakil muda daripada pencadang malah saya juga berbincang dengan Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan tersebut kepada pihaknya," kata beliau.

Mohamad Adzib berkata bagaimanapun perlakuan memegang, memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali dan bertentangan dengan hukum syarak.

Tambah beliau, Jabatan Mufti Selangor telah memberikan panduan kepada penganjur menerusi surat pada 9 Okt lepas bahawa walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada manusia, namun ia tetap haram jika sengaja disentuh oleh umat Islam dalam keadaan haiwan itu basah atau sebaliknya.

Ini kerana persentuhan itu dianggap sebagai najis berat tetapi jika kedua-duanya bersentuhan dalam keadaan kering, ia tidak dianggap najis, katanya.

"Oleh itu, jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, hendaklah ditambat di luar rumah bagi mengelakkan kita terlibat dengan najisnya," katanya.

Program yang dianjurkan di sebuah taman rekreasi di Bandar Utama pada Ahad lepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila umat Islam dibenar bermesra dan bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam. - Bernama

Tuesday, October 21, 2014

AMALAN UMAT YANG MENGUNDANG BALA DARI ALLAH SWT

KISAH DI SEBALIK GEMPA BUMI UTARA KASHMIR 2005

Samada secara tersembunyi maupun umum, sebenarnya sudah sedemikian banyak amalan-amalan umat akhir zaman ini yang mengundang bala bencana dari ALLAH Subhanahu wa ta'ala kerana sering mempersendakan hukum-hukum ALLAH Subhanahu wa ta'ala.

Hendaklah kita bersegera mengambil iktibar dari semua ini agar tidak menjadi sasaran kemurkaan ALLAH Subhanahu wa ta'ala. Setelah dua insiden malapetaka pesawat Penerbangan Malaysia yang melanda negara secara berturut-turut, sewajarnya kita semua mengambil masa yang banyak untuk bermuhasabah serta mengusahakan jalan penyelesaian untuk keluar dari kemelut yang dihadapi umat.

Mengambil kisah di sebalik Peristiwa Gempa Bumi Utara Kashmir (Pakistan) tahun 2005. Tragedi Gempa Bumi ini yang mencatit skala 7.6 richter merupakan antara yang memakan korban terbesar dalam sejarah negara Pakistan. Anggaran kematian untuk kawasan Kashmir dibawah tadbir Pakistan saja 79,000 orang manakala bagi kawasan di bawah pentadbiran India anggaran kematian diletakkan pada kira-kira 14,000 orang, menjadi jumlah kematian pada 93,000 mangsa (hampir 100,000 orang).

Yang berikut merupakan laporan sebuah jama'ah yang telah berada di lokasi tersebut untuk menjalankan usaha-usaha dakwah dan tabligh sebelum terperangkap dalam situasi menghadapi bencana tersebut.

Semoga dengan menghayati kisah jama'ah tersebut menjadi asbab bagi kita insaf dan sedar tentang segala ketelanjuran kita yang lepas lalu meningkatkan usaha untuk kembali pada hakikat Iman dan Amal.

Pautan video:
NORTH KASHMIR EARTHQUAKE 2005
https://vimeo.com/102624520
Kashmir Earthquake GCSE Geography Revision Case Study from Melayukita on Vimeo.

Pautan visual resolusi tinggi:
Di sebalik kisah gempa bumi Kashmir 2005
http://imgur.com/GRcSxEX

LAPORAN JEMAAH YANG BERUSAHA DI AZAD, KASHMIR
[KAWASAN YANG DILANDA GEMPA BUMI PADA 8 OKTOBER 2005]

Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu.

Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang² elit di kawasan bandar Bagh.

Dari segi dunia, penduduk² di kawasan itu ialah orang² yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur'an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana² kumpulan ajaran sesat.

Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya. Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja² dunia mereka.

Mereka berkata kita kena usahakan dunia dulu, dapatkan asbab² kemajuan sebagaimana negara² yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama.

Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh pembesar² itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut.

Sehinggakan pegawai² kerajaan pun menjadi pengikut mereka. Orang² di kawasan ini melayan kami dengan buruk terutamanya orang² tua dan orang² lemah di antara kami.
Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul.

Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip sampah-sarap.

Di masjid pula , bekas² yang diisikan air (lota/bekas wudhu') untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk² di situ sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang² di situ menyia-nyiakan air kami begitu sahaja. Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.

Ilham daripada Allah Subhanahu wa ta'ala dengan perantaraan mimpi
Sehari sebelum gempa bumi di kasawan situ berlaku, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk.

Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind. Saya sendiri telah bercakap dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh.

Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu² sementara tong² gas hendaklah ditanam dalam bumi.

Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. Usahalah dan pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.

Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah² itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka. Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan.

Kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami. Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.

Hari itu, 8 Oktober 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut.

Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.

Di hadapan mata kami, hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk.

Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang.

Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan.

Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian. Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi. Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.

Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang diterima oleh Allah Subhanahu wa ta'ala. Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn menaiki helikopter.

Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku. Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur). Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain² sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal.

Di mana² sahaja kelihatan mayat² bergelimpangan. Kami telah menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah. Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat.

Setelah menghadapi mujahadah (susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari orang² yang terselamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi.

Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas.

Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat² memegang tali cambuk.
Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan. Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak², maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia.

Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam atau mana-mana Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur'an atau mana² Sahabat Radhiallahu 'anhum 'ajmain.

Mungkin ini ialah hadiah daripada Allah Subhanahu wa ta'ala untuk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.

Saudara²ku sekelian, karkuzari ini bukanlah dongengan , bahkan satu hakikat. Kenapakah azab Allah Subhanahu wa ta'ala dlm bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati.

Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan² Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam (Dakwah, Ta'lim Wa Ta'lum, Ibadat dan Khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka.

Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.

Saudara2ku, demi Allah Subhanahu wa ta'ala tinggalkanlah fikiran² seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama² lihat.

Tuan² buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam.

Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah Subhanahu wa ta'ala, jika tidak mungkin azab yang lebih besar akan datang.
Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada tanggal 11 Oktober 2005.

SAYA-NAK-PELUK-BABI

Cubaan halus ke arah liberalisasi dan pluralisasi agama
(khairul.nuar@utusan.com.my)  |  21 Oktober 2014 3:33 AM


PROGRAM SAYA-NAK-PELUK-BABI

"Tetamu-tetamu jemputan saya untuk event "SAYA NAK PELUK BABI" ialah Ustaz Rasul Dahri, Dr Asri, dan Zaid Ibrahim. Kearah Umat Yang Pengasih dan Bertoleransi..." Saya beri jaminan media tidak akan ambil kesempatan.." - AL FAEDAH

IPOH 20 Okt. - Tindakan penganjuran kempen 'Saya Mahu Sentuh Anjing' yang berlangsung di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya semalam ibarat jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam supaya mendokong liberalisasi dan pluralisasi agama.

Pendakwah terkenal, Mohd. Kazim Elias mendakwa, kempen yang kononnya ingin menghapuskan stigma dalam kalangan umat Islam terhadap haiwan tersebut merupakan suatu gerakan cukup halus, dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan sebelum akhirnya bakal merubah serta menidakkan hukum agama.

"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, 'mai' anjing pula, lepas ni apa pula? Jangan lepas ni buat kempen babi pula dengan alasan babi sekarang dah bersih dan diternak dalam pendingin hawa serta mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa.

"Halusnya kempen anjing ini. Namun sayang, ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti," katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Semalam, penganjuran program tersebut mendapat sambutan segelintir umat Islam apabila turut menyentuh serta membelai haiwan tersebut selain memuat naik gambar di internet.

Penganjurnya, Syed Azmi Alhabshi mendakwa, tujuan penganjuran kempen tersebut adalah untuk menghakis perasaan takut orang ramai terhadap anjing yang digambarkan sebagai ganas dan sering menyerang manusia.

Dalam pada itu, Mohd. Kazim berkata, penjagaan anjing sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam, tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan urusan ibadat seharian.

"Mana boleh saja-saja bela, saja-saja nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa? Nak jadikan anjing sebangai apa? Mula-mula pegang, selepas itu bela, selepas itu masuk dalam rumah. Selepas itu?

"Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pegang babi pula dengan melawat ke pasar babi. Lepas itu, melarat ke makan babi pula," katanya.

Selain itu, Mohd. Kazim turut mempersoalkan mengapa tidak dianjurkan kempen ke masjid mahupun penerimaan hudud atau konsep kalimah Allah yang sebenarnya.

"Nanti akan ada yang kata, kenapa ustaz bising-bising mengenai isu anjing, kenapa tak bising isu memegang bukan mahram, tidak bertudung dan lain-lain? Yang itu pun sudah berkali-kali saya tegur dan nasihat," katanya.

Cubaan halus ke arah liberalisasi dan pluralisasi agama

- See more at: http://ww3.utusan.com.my/berita/nasional/cubaan-halus-ke-arah-liberalisasi-dan-pluralisasi-agama-1.15210#sthash.MKjJtSkc.dpuf

KHAIRAL QURUN

لأن يصليها أخري هذه أمه إلا ما أصلها أولها
Lan yusliha akhiri hazihi ummah illa ma aslaha awwaluha

Telah berkata Imam Malik bin Anas (RA): "Tidak akan sekali-kali dipulihkan akan ummat yang akhir ini melainkan kembali kepada cara pemulihan ummat yang terdahulu. [Ash-Shifaa of Qaadee ‘Iyyaadh (2/676)]

Imam Malik rahmatullahu 'alaihi said: "This latter ummah cannot be reformed except by that way which has reformed the earlier one (The Companions of RasuluLlah SAW).”

║▌║▌║█│▌alfaedah║▌║▌║█│▌

Ada orang yang bodoh, dan tidak tahu dirinya bodoh. Inilah orang yang jahil. Ada orang yang bodoh, tapi merasakan dirinya pandai. Inilah orang yang perasan. Ada orang yang pandai, tapi merasakan dirinya bodoh. Inilah orang yang 'alim.

Orang yang pertama memiliki sifat jin dan setan. Yang kedua mewakili sifat iblis. Yang ketiga mewarisi sifat malaikat.

Hendaklah kita belajar untuk jadi bodoh, bukan belajar untuk jadi pandai. - Al Faedah
Powered by Blogger.

Google Translate

LIVE TRAFFIC

Follow di Facebook

 

© 2014 AL FAEDAH. All rights reserved. Designed by Templateism

Back To Top