Saturday, November 22, 2014

SIRI NARATIF RINGKAS: VLADIMIR PUTIN & RUSIA (1)

Tarikh asal entri di (secret) group Anti Konspirasi Facebook: 10 Ogos 2014 telah dirumuskan dan sedang dikemaskini ke blog. *Forum di ... thumbnail 1 summary
Tarikh asal entri di (secret) group Anti Konspirasi Facebook: 10 Ogos 2014 telah dirumuskan dan sedang dikemaskini ke blog.

*Forum di grup AK adalah terhad akses kepada ahli grup. Untuk turut serta sila add sebagai rakan/friends untuk profil berikut:

https://www.facebook.com/alfaedah98

Klik pautan album di IMGUR untuk rujukan sepenuhnya entri mengenai RUM=RUSIA
http://imgur.com/a/YI94H




*RUJUKAN ALBUM RUM=RUSIA @IMGUR


PENGHITLERAN PUTIN [DIKEMASKINI 13 OGOS 2014]

Malangnya Putin bukan Hitler. Mengapa? Siapakah Putin?

Dengan sekelip mata, naratif Vladimir Putin menjadi tersangat signifikan dan relevan kepada Malaysia dengan tercetusnya insiden MH17 yang secara langsung telah mencaturkan Malaysia kedalam kancah konflik dunia yang mensasarkan Putin sebagai prospek utama untuk dikambinghitamkan oleh proksi-proksi dajjal, para Konspiratur Perang Dunia alaf baru.

Nota Entri:

Yang menarik mengenai feature TIME magazine atas Putin ini terletak pada gelaran "TSAR of The New Russia".. Ia sebenarnya ada mengandungi katakunci dan berhubungkait dengan insiden MH17.

Russia has always been Russia and US has always been US. Isu yang hendak kita bincangkan ialah apakah Rusia masih dikawal oleh kuasa-kuasa Globalis proksi dajjal sebagai controlled opposition atau tidak. US is on the other side of the Globalis coin. [Globalist sentiasa bermain dengan 2 wajah, polemik kiri kanan.]

Dan jika tidak, maka kita akan menghubungkaitkan dengan hadits bahawa akan ada perjanjian damai dengan tentera Imam Mahdi di akhir zaman dengan tentera Rum. Rum dalam hipotesis kami adalah Rusia. Dan ada beberapa perbezaan yang besar antara hipotesis Rum Rusia yang saya bawa dengan yang di bawa oleh Sheikh Imran Hoesein.

Sebelum kita masuk kepada bab RUM RUSIA ada beberapa perkara terpokok yang perlu dijelaskan mengenai Putin dan Rusia. Khususnya dengan terjadinya insiden MH17, maka ada beberapa faktor yang perlu dijelaskan naratifnya terlebih dahulu.

Album ini akan membentuk naratif tersebut secara berperingkat melalui beberapa infografik yang akan dikemaskini dari masa ke semasa hingga selesai maka kita akan kumpulkan dalam 1 nota lengkap.

Pendekatan kita di sini ialah sentiasa membuka ruang kepada perbincangan secara dinamik melalui sesi2 sebegini supaya anda tidak dilatih dengan naratif yang disogokkan dengan jalan mudah.

Saya pun tak boleh tumpukan masa yang banyak untuk membuat artikel terperinci sekaligus.

Sesi memintas kepada isu2 yang berbangkit seperti ini memberi ruang kepada kita untuk membincangkan sesuatu perkara yang berkaitan yang munkin tidak disentuh sekiranya bergantung kepada satu artikel yang lengkap terlebih dahulu. Sebab it saya kata ia dinamik. Walaupun huru hara sedikit kadangkala.

Muhd Ezwan: Putin dari keturunan YNM ke Tuan AF??

Al Faedah: Belum dapat dikesan setakat ini. Walaupun ada cubaan untuk kaitkan beliau dengan Yahud. Dari zahirnya beliau sudah kembali pada Kristian Ortodoks dan selalu kelihatan merujuk kepada Gereja Ortodoks dalam urusan polisi negara Rusia.

Ada nas hadits pada saya yang menghubungkaitkan pemimpin yang bakal menjalankan perdamaian dengan tentera IM adalah dari keturunan Heraklius Maharaja empayar Rum Byzantium di zaman Rasulullah SAW. Walaupun tidak ada bukti genetik setakat ini berat sangkaan saya bahawa ia merujuk kepada Putin. Namun sekiranya andaian saya bahawa pakatan Mufsidun sedang mensasarkan pembunuhan Putin pada masakini, dan jika mereka berjaya membunuhnya sebelum kedatangan IM, maka andaian saya itu terbatal.

Tetapi andaian RUM adalah RUSIA masih kekal samada PUTIN berjaya di bunuh atau tidak.

Jadi bagi saya hipotesis ini saya masih pertahankan sehingga jelas ada isyarat yang menunjukkan bahawa IM tidak akan membuat pakatan damai & bekerjasama dengan Rusia.

Isu Rusia Rum ini bagi saya adalah isu Amirul Mukminin, Imam Mahdi yang buat keputusan bila sampai masa dan keperluannya bukan isu kita. Beliau saja yang boleh buat keputusan untuk ini.

Kalau keputusan menyalahi pihak Rusia, itu tidak bermasalah bagi kita. Kalau IM berpihak kepada Rusia maka umat Islam yang tidak sealiran dengan Rusia kena buat pilihanlah. Nak tolak IM?

Isyarat dari hadits adalah bahawa mereka tentera2 IM bersama2 pihak Rum menawan seluruh dunia secara berperingkat. Makna ia diikuti dengan siri peperangan demi peperangan. Maka inilah menjadikannya relevan kelak. Di mana posisi kita dalam kancah2 peperangan yang bakal mendatang?

Oleh itu sangat kritikal bagi ummah untuk mengenalpasti perbezaan antara Pakatan Judeo-Kristian Zionis dengan Pakatan Rum. Dan satu perbezaan jelas antara saya dengan SIH ialah beliau bercakap baik mengenai IRAN. Saya tolak IRAN dan saya katakan bahawa IRAN adalah duri dalam daging RUSIA dan merupakan musuh dalam selimut. Bagaimana equation IRAN ini dikeluarkan kelak sekiranya betul ada pakatan tentera IM dengan RUSIA dengan sendirinya adalah suatu perkara yg sgt menarik.

Lagi satu perbezaan yang jelas mengenai andaian SIH adalah beliau tetap mengatakan bahawa RUSIA adalah RUM dan pakatan damai dgn ISLAM kekal. Saya kata tidak kekal, akhirnya RUSIA akan belot dan patahkan perjanjian. Ketika itu tentera IM Bani Ishaq akan merempuh SEMUA blok kuasa dunia tanpa kecuali dan tetap menang.

Bermakna kedua-dua RUM dan pakatan Judeo -Kristian akan berhentaman dengan tentera Bani Ishaq IM sehingga ke penaklukan Konstantiniyah. Dan mereka itulah yang dimaksudkan sebagai tentera yang terbaik dalam sejarah manusia.

Khairulazmi Mohamed: "Tuan AlAl Faedah, saya kira SIH tidaklah menyokong IRAN secara total, saya pun pernah sebut perkara ini dalam komen2 lepas dlm group ini. SIH hanya menyatakan tindakan IRAN bersepakat(dalam isu2 terdekat secara luaran) dengan RUSSIA yang SIH ketika ini mengenalinya sebagai AL-RUM adalah betul. Maka yang SIH sokong ialah tindakan IRAN menyebelahi RUSSIA dan bukannya menyokong IRAN itu sendiri.

Berkenaan naratif SIH yang berpendapat persepakatan IM dengan RUM adalah kekal dan AL-RUM dan Islam akan sama-sama memerintah, mentadbir dan mengekalkan keamanan dunia. Ini mmg saya sendiri akui ianya mmg tidak sehaluan dengan haratif tradisional yang mana akan berlaku pembelotan dan IM & Nabi Isa as akan sama-sama mengalahkan puak2 RUM yang belot itu.

Saya kira ada lagi perkara yang SIH sendiri belum berani menyatakan perkara terpokok yang menyokong naratifnya secara penuh.

Saya kira perkara ini hanya akan dapat lebih diketahui apabila IM mengenali kedatangan(turunnya semua) Nabi Isa as nanti.

Walau apa jua yang berlaku pada waktu itu nanti yang penting kita umat Islam haruslah berada dibelakang IM, insyaAllah akan beroleh petunjuk dan jalan yang baik dan benar. Wallahualam."

Al Faedah: Dalam apa keadaan pun kita bercakap tentang perbezaan pendapat saya dengan SIH di sini, pendapat saya mengenai IRAN seperti yang dijelaskan adalah lebih ektrimis dari SIH. Saya melihat persekongkolan IRAN kepada blok Rusia sebagai suatu muslihat globalis, tidak lebih dari itu.

Beliau merujuk kepada Khomeini dan menggunakan ucapan Rahimahullah, dan saya mendapati perkara ini amat menakjubkan bahawa seorang Syiah Imamiah yang merupakan seorang agen MI6 dan agentur kuasa AS-GB diberi gelaran sedemikian. (Saya tidak mempertikaikan urusan arwah dengan ALLAH ta'ala). Cuma saya belum pernah mendengar sesiapa di kalangan ulama2 Sunni yang menggelarkan Khomeini dengan Rahimahullah.

Berkenaan RUM=RUSIA. Sesiapa yang rajin cari semula video yang syaa nyatakan sini boleh paste link yang saya maksudkan. Di beberapa ketika SIH mengatakan RUM adalah RUSIA. Akan tetapi apabila beliau ditekan mengenai kemungkinan RUM membeloti perjanjian damai, beliau pernah berkata, "No there are many RUM. That is a different RUM.."

Saya mengambilkira apa yang tuan Khairulazmi Mohamed katakan tadi, cuma saya berasa sangat hairan. If there's only one RUM (which I agree to), how can there be many RUMS at the same time? RUM is RUM dan RUM ialah RUSIA. Fullstop bagi saya.

Itu antara perbezaan2 pendapat dalam hal RUM RUSIA buat masa ini.

Dia kes tu dalam soal jawab. Rum Rusia memang banyak dia dah kata. Waktu tu orang tanya pasal Rum belot. Dia kata no that is a different Rum.. So it's funny to me.

1. Setakat ini itu sajalah perbezaan pendapat. dan saya rasa SIH tidak pernah mengandaikan bahawa Putin yang semestinya terlibat dalam perjanjian damai kerana jalurmasa SIH lebih lanjut ke hadapan berbanding dengan saya. Beliau lebih kepada mengisyaratkan RUSIA bukan Putin secara spesifik.

2. Saya meletakkan Putin ke hadapan kerana jalurmasa saya lebih rapat. 2015-2018, 2020-2024 adalah jalurmasa huru hara saya. Dan sekali lagi saya nyatakan sekiranya ada rancangan untuk membunuh Putin dan ia dapat dilaksanakan, andaian saya mengenai Putin batal, tetapi mengenai Rusia masih terus seperti biasa.

Khairulazmi Mohamed: 4. "Sheikh pernah membuat penjelasan ringkas akan hal Rum1, Rum2 dan Rum3 sebagai kuasa-kuasa Kristian yang mana Rum1 merujuk kepada rum yang asal iaitu ketika mula-mula ROME menganut Kristian). Setelah berpecah satu pecahan kuasa Rum bergerak ke Konstantinopel menjadikannya Rum2. Kemudian Rum2 dijatuhkan sebelum ianya bergerak dan berkuasa di Moscow, Russia, inilah Rum3.

Jelas pendiriannya Rum yang disebutkan didalam Al-Quran itu merujuk kepada Rum ke2 yang mana kini sudah pun tiada lagi disana(dalam maksud krisitan disana tiada lagi kuasa politik dan militer yang kuat) melainkan telah berpindah kini di Moscow, kini Rum3.

Dalam menerangkan hadis pergabungan IM dengan RUM, sheikh mengambil nada positif(bergabung dan menang) pada hadis tersebut merujuk kepada RUM2 atau kini RUM3, manakala nada negatif(membelot dan melawan) ditujukan kepada Rum1(yang masih berkuasa dibelah barat). Kaedah ini pada pandangan Sheikh adalah lebih tepat dan selari dengan petunjuk Al-Quran yang memberikan nada positif kepada Rum2."

AL FAEDAH: Memang dia sudah menjelaskan mengenai Rum no 1 no 2 no 3.. Di sini lawaknya. Naratif serangan bawah 80 bendera merujuk kepada Rum secara spesifik. Bermakna Rum Russia. Tetapi bila sampai pada bab mentakwilkan siapa Rum tersebut beliau kembali patah balik pada NATO, sedangkan hadits tersebut dengan jelas menyebut RUM..

Bila bab alliance dengan Rum ialah Rum NO 3, bila bab attack dari RUM dia jadi is not from Rusia tetapi NATO! Bagi kami ini suatu kaedah yang membingungkan..

+- 26:40
Rujukan statemen SIH (Hadits 80 Bendera,Rum belot)
http://youtu.be/8hQ157-zK_U

Isu utama kita ialah SIH mengatakan Rum adalah Rusia. Bermakna perjanjian damai adalah antara tentera Islam dan tentera Rusia/Rum.

Jadi macam mana pulak boleh RUM-NATO yang tiba-tiba menyerang dan belot? Sedangkan andaian kita ialah perjanjian dengan RUM RUSIA. Mustahil lah. Sebab apa RUM NATO nak belot sedangkan yang berdamai ialah RUM RUSIA?

Itu yang paling jelas saya boleh susun ayat. Bermakna sudah tentulah RUM RUSIA yang membelot menurut hadits tersebut. Dan jelas pada sela masa tersebut beliau mengatakan RUM NATO bawah 80 bendera yang belot.

Dalam apa keadaan pun saya mempunyai asas yang kukuh dan saya akan jelaskan dalam naratif saya bila sampai bab ini.

Saya ada jelaskan di atas awal lagi bahawa hipotesis Putin saya sebenarnya merujuk kepada sebuah hadits yang menyatakan pemimpin yang memeterai perjanjian adalah dari keturunan Heraklius. Saya akan lampirkan bila saya kembali pada bab tersebut nanti. Saya akan jalankan dulu naratif Putin dalam kerangka 1914-1918-2014-MH17.

Takda data bukti genetik. Saya ada nas hadits satu dan berat sangkaan merujuk pada Putin, melainkan beliau dibunuh dalam masa terdekat, maka andaian saya terbatal.

MH17 bagi saya adalah satu amaran yang jelas kepada Putin bahawa beliau sedang disasarkan.

Saya ada satu jalur genetik yang mendakwa kepada Heraklius tapi dalam jaringan Black Nobility Monarki Belgium.. Sangat sukar bagi hamba menerima Pakatan NATO sebagai RUM dan beliau (yang mendakwa keturunan Heraklius) bukanlah seorang pemimpin bertaraf dunia.

On This Day: Bolsheviks Execute Czar Nicholas II and Family - On July 17, 1918, Russian Czar Nicholas II and his immediate family were executed by Bolsheviks in the cellar of Ipatiev House in Ekaterinburg, ending the Romanov dynasty.

And we have a satanic numerology on this (sebagai acara sampingan). Bagi saya ada 2 ko-relasi sebagai isyarat central bankers sedang menggerakkan sesuatu. rujuk pada kes duke of ferdinand 1914, Lusitania 1915, kes Tsar Nikolas 1918. We're definitely heading for something big worldwide. Dan Malaysia berada di tengah2 kontroversi.

Khairulazmi Mohamed: "Tuan rasa Malaysia akan kekal berkecuali?"

Al Faedah:
1. Malaysia endorse PSI Profileration Security Inisiative (Nuclear) pro US NATO, tapi saya tidak melihat sebarang dokumen ditanda tangani.
2. Malaysia masih dianggap sebagai China client state berdasarkan Ring of Pearls
3. Malaysia salah sebuah negara yang tandatangan endorsement dalam BRICS (Perincian kena rujuk semula).
4. TPP nampak sudah condong ke AS tapi masih belum formal.
5. MH370-MH17 nampak jelas suatu jalinan rahsia Msia-China wujud yang sudah dipintas oleh blok US-NATO..

Kekal berkecuali... sangat susah nak jawab. Saya rasa akan condong ke US NATO. Maka sekiranya betul, apa rancangan Globalis untuk kucar kacirkan Rusia-China-Iran. Malaysia tetap terlibat dalam apa situasi pun, Khairulazmi Mohamed..

I have no idea bagaimana endgame untuk Malaysia akan dimainkan

[Makluman: Siri infografik ini akan digabung ke dalam satu nota setelah selesai. Bersambung.]

NOTA KOMENTARI DAN ULASAN:

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”