Tuesday, September 23, 2014

NUBUWWAT RASUL SAW MENGENAI FITAN TEKNOLOGI

Sedutan syarah Sheikh Hamza Yusuf di Malaysia darihal beberapa ahadits fitan akhir zaman - dan tanda-tanda hari kiamat [Al 'Alamatus... thumbnail 1 summary
Sedutan syarah Sheikh Hamza Yusuf di Malaysia darihal beberapa ahadits fitan akhir zaman - dan tanda-tanda hari kiamat [Al 'Alamatus sa'ah].

Saya edit semula klip video dari channel Talk-Islam, dan menterjemahkan sedutan syarah Sheikh Hamza Yusuf di Malaysia kedalam Bahasa Melayu.

Tiada rujukan hadits secara terperinci  pada video asal maka saya telah menyenaraikannya di sini secara terperinci.

Sedutan video diselang-selikan antara beberapa hadits dalam ceramah Sheikh Hamza Yusuf dan tidak mengikut urutan asalnya. Maka saya tandakan pada bahagian-bahagian klip yang untuk menunjukkan hadits yang berbeza digunakan pada klip-klip yang berkenaan.

i. Hadits Atbaq - Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu. Hadits yang panjang, sila rujuk:

http://al-faedah.blogspot.com/2014/09/hadits-atbaq-ibnu-masud.html

ii. Hadits iPOD - Ibnu Majah

iii. Hadits TV/Skrin telefon pintar/komputer (Kal Hashir 'Udan 'Udan) - Hudzaifah radhiallahu 'anhu

iv. Hadits Rambut Unta Parsi - Sahih Muslim

 
NUBUWWAT RASUL SAW MENGENAI FITAN TEKNOLOGI from AL FAEDAH on Vimeo.

Ketika membahaskan Hadits "ATBAQ" dan kalimat "tuwassal al-atbaq", di sesi yang lain Sheikh menambah dalil hubungkait fitan Yakjuj Makjuj dari ayat 96 Surah Anbiyaa':

[حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ]

Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya´juj dan Ma´juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

Menurut Sheikh Hamza Yusuf, "Hadabin" dalam lisanul 'arab membawa makna "Gelombang". Maka bermakna ia turun dengan gelombang yang cepat. [Hatta idza futihat yajuuju wa ma'juuju wa hum min kulli hadabin yansiluuna].

Oleh yang demikian, apa yang kita lihat sekarang adalah gelombang-gelombang fitan Yakjuj wa Makjuj sedang turun dari tempat-tempat tinggi (melalui satelit) dalam bentuk kelucahan, kemungkaran, kejahatan, kelalaian, keganasan, budaya fitnah memfitnah, berita² palsu,ghibah yang semakin menular secara berleluasa dan kefasadan (kerosakan) sudah menerobos masuk melalui bumbung² rumah, Masjid² ALLAH, melalui telefon pintar/bimbit, melalui TV, melalui Internet terus ke hati-hati manusia menjadikannya semakin gelap dalam dholalah (kesesatan) fitnah, sehingga tersebarnya kefasadan yang melata di kalangan ummah yang sudah semakin lali dan tidak mampu lagi membezakan antara yang haq dengan yang bathil. #alfaedah

2. Hadits iPOD - Ibnu Majah

KITAB IBNU MAJAH - HADIST NO - 4010

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا مَعْنُ بْنُ عِيسَى عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ حَاتِمِ بْنِ حُرَيْثٍ عَنْ مَالِكِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ غَنْمٍ الْأَشْعَرِيِّ عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمْ الْأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمْ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Ma'n bin Isa dari Mu'awiyah bin Shalih dari Hatim bin Huraits dari Malik bin Abu Maryam dari Abdurrahman bin Ghanm Al Asy'ari dari Abu Malik Al Asy'ari, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sungguh sebahagian daripada umatku akan meminum khamer, yang mereka namakan selain dari namanya, akan bernyanyi dengan para biduanita, dengan alat-alat muzik pada kepala mereka, lantas Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah menjadikan daripada kalangan mereka bertukar menjadi kera dan babi. (RIWAYAT IBNU MAJAH)

▫️▫️▫️ al faedah ▫️▫️▫️

3. Hadits TV/Skrin telefon pintar/komputer (Kal Hashir 'Udan 'Udan) - Hudzaifah radhiallahu 'anhu

Petikan Hadits kal Hashir 'udan 'udan:

Nubuwwat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam mengenai fitan televisyen.

 " تُعْرَضُ الْفِتَنُ عَلَى الْقُلُوبِ كَالْحَصِيرِ عُودًا عُودًا فَأَىُّ قَلْبٍ أُشْرِبَهَا نُكِتَ فِيهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ وَأَىُّ قَلْبٍ أَنْ
كَرَهَا نُكِتَ فِيهِ نُكْتَةٌ بَيْضَاءُ حَتَّى تَصِيرَ عَلَى قَلْبَيْنِ عَلَى أَبْيَضَ مِثْلِ الصَّفَا فَلاَ تَضُرُّهُ فِتْنَةٌ مَا دَامَتِ السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ وَالآخَرُ أَسْوَدُ مُرْبَادًّا كَالْكُوزِ مُجَخِّيًا لاَ يَعْرِفُ مَعْرُوفًا وَلاَ يُنْكِرُ مُنْكَرًا إِلاَّ مَا أُشْرِبَ مِنْ هَوَاهُ "

Hudzaifah radhiallahu 'anhu berkata, "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Fitnah akan dipaparkan pada hati manusia bagai tikar yang dianyam (secara tegak dan mendatar berselang-seli/silang menyilang antara satu sama lain). Mana pun hati yang dihinggapi oleh fitnah, niscaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana pun hati yang tidak dihinggapinya, maka akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehingga hati tersebut terbahagi dua: sebagian menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Sedangkan sebagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan sepertimana bekas tembaga berkarat, yang ianya tidak menyuruh pada kebaikan dan tidak pula melarang akan kemungkaran kecuali diserap akan hawa nafsunya."

Hadits sepenuhnya:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ يَعْنِي سُلَيْمَانَ بْنَ حَيَّانَ عَنْ سَعْدِ بْنِ طَارِقٍ عَنْ رِبْعِيٍّ عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
كُنَّا عِنْدَ عُمَرَ فَقَالَ أَيُّكُمْ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ الْفِتَنَ فَقَالَ قَوْمٌ نَحْنُ سَمِعْنَاهُ فَقَالَ لَعَلَّكُمْ تَعْنُونَ فِتْنَةَ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَجَارِهِ قَالُوا أَجَلْ قَالَ تِلْكَ تُكَفِّرُهَا الصَّلَاةُ وَالصِّيَامُ وَالصَّدَقَةُ وَلَكِنْ أَيُّكُمْ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ الْفِتَنَ الَّتِي تَمُوجُ مَوْجَ الْبَحْرِ قَالَ حُذَيْفَةُ فَأَسْكَتَ الْقَوْمُ فَقُلْتُ أَنَا قَالَ أَنْتَ لِلَّهِ أَبُوكَ قَالَ حُذَيْفَةُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ تُعْرَضُ الْفِتَنُ عَلَى الْقُلُوبِ كَالْحَصِيرِ عُودًا عُودًا فَأَيُّ قَلْبٍ أُشْرِبَهَا نُكِتَ فِيهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ وَأَيُّ قَلْبٍ أَنْكَرَهَا نُكِتَ فِيهِ نُكْتَةٌ بَيْضَاءُ حَتَّى تَصِيرَ عَلَى قَلْبَيْنِ عَلَى أَبْيَضَ مِثْلِ الصَّفَا فَلَا تَضُرُّهُ فِتْنَةٌ مَا دَامَتْ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَالْآخَرُ أَسْوَدُ مُرْبَادًّا كَالْكُوزِ مُجَخِّيًا لَا يَعْرِفُ مَعْرُوفًا وَلَا يُنْكِرُ مُنْكَرًا إِلَّا مَا أُشْرِبَ مِنْ هَوَاهُ
قَالَ حُذَيْفَةُ وَحَدَّثْتُهُ أَنَّ بَيْنَكَ وَبَيْنَهَا بَابًا مُغْلَقًا يُوشِكُ أَنْ يُكْسَرَ قَالَ عُمَرُ أَكَسْرًا لَا أَبَا لَكَ فَلَوْ أَنَّهُ فُتِحَ لَعَلَّهُ كَانَ يُعَادُ قُلْتُ لَا بَلْ يُكْسَرُ وَحَدَّثْتُهُ أَنَّ ذَلِكَ الْبَابَ رَجُلٌ يُقْتَلُ أَوْ يَمُوتُ حَدِيثًا لَيْسَ بِالْأَغَالِيطِ قَالَ أَبُو خَالِدٍ فَقُلْتُ لِسَعْدٍ يَا أَبَا مَالِكٍ مَا أَسْوَدُ مُرْبَادًّا قَالَ شِدَّةُ الْبَيَاضِ فِي سَوَادٍ قَالَ قُلْتُ فَمَا الْكُوزُ مُجَخِّيًا قَالَ مَنْكُوسًا و حَدَّثَنِي ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ الْفَزَارِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو مَالِكٍ الْأَشْجَعِيُّ عَنْ رِبْعِيٍّ قَالَ لَمَّا قَدِمَ حُذَيْفَةُ مِنْ عِنْدِ عُمَرَ جَلَسَ فَحَدَّثَنَا فَقَالَ إِنَّ أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَمْسِ لَمَّا جَلَسْتُ إِلَيْهِ سَأَلَ أَصْحَابَهُ أَيُّكُمْ يَحْفَظُ قَوْلَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْفِتَنِ وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِمِثْلِ حَدِيثِ أَبِي خَالِدٍ وَلَمْ يَذْكُرْ تَفْسِيرَ أَبِي مَالِكٍ لِقَوْلِهِ مُرْبَادًّا مُجَخِّيًا و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَعَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ وَعُقْبَةُ بْنُ مُكْرَمٍ الْعَمِّيُّ قَالُوا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عَدِيٍّ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّ عُمَرَ قَالَ مَنْ يُحَدِّثُنَا أَوْ قَالَ أَيُّكُمْ يُحَدِّثُنَا وَفِيهِمْ حُذَيْفَةُ مَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْفِتْنَةِ قَالَ حُذَيْفَةُ أَنَا وَسَاقَ الْحَدِيثَ كَنَحْوِ حَدِيثِ أَبِي مَالِكٍ عَنْ رِبْعِيٍّ وَقَالَ فِي الْحَدِيثِ قَالَ حُذَيْفَةُ حَدَّثْتُهُ حَدِيثًا لَيْسَ بِالْأَغَالِيطِ وَقَالَ يَعْنِي أَنَّهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair telah menceritakan kepada kami Abu Khalid -yaitu

Sulaiman bin Hayyan- dari Sa'ad bin Thariq dari Rib'i dari Hudzaifah dia berkata, "Umar pernah bertanya kepadaku ketika aku bersamanya, 'Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. meriwayatkan tentang fitnah (ujian)?'

Para Sahabat menjawab, 'Kami pernah mendengarnya! ' Umar bertanya, 'Apakah kamu bermaksud fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan tetangganya? ' Mereka menjawab, 'Ya, benar.' Umar lalu berkata, 'Fitnah tersebut bisa dihapuskan oleh shalat, puasa, dan zakat. Tetapi, siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana gelombangnya lautan? ' Hudzaifah berkata, 'Para Sahabat terdiam.' Kemudian Hudzaifah berkata, 'Aku, wahai Umar! ' Umar berkata, 'Kamu! Ayahmu sebagai tebusan bagi Allah.'

Hudzaifah radhiallahu 'anhu berkata, "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Fitnah akan dipaparkan pada hati manusia bagai tikar yang dianyam (secara tegak dan mendatar berselang-seli/silang menyilang antara satu sama lain).

Mana pun hati yang dihinggapi oleh fitnah, niscaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana pun hati yang tidak dihinggapinya, maka akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehingga hati tersebut terbahagi dua: sebagian menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada.

Sedangkan sebagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan sepertimana bekas tembaga berkarat, yang ianya tidak menyuruh pada kebaikan dan tidak pula melarang akan kemungkaran kecuali diserap akan hawa nafsunya."

Hudzaifah radhiallahu 'anhu berkata, "Dan aku menceritakannya bahwa antara kamu dan fitnah tersebut ada pintu penghalang yang tertutup yang hampir pecah." Umar radhiallahu 'anhu berkata, "Apakah telah dibelah dengan suatu belahan, kamu tidak memiliki bapak (maksudnya kamu perlu bekerja keras), sekiranya benar pasti akan dikembalikan lagi (tertutup)." Aku berkata, "Tidak, bahkan dibelah."

Dan aku menceritakan bahwa pintu itu adalah seorang laki-laki yang dibunuh atau meninggal (Maksudnya pintu fitnah dibuka setelah meninggalnya Umar radhiallahu 'anhu.), aku menceritakan sebuah hadits bukan dari (mengutip) kitab yang tebal (perjanjian baru dan lama)."

Abu Khalid berkata, aku berkata kepada Sa'ad, "Wahai Abu Malik (Sa'ad), "Apa maksud hitam keabu-abuan (aswad murbadda)?"
Sa'ad menjawab, "Maksudnya sangat putih dalam hitam."

Dia berkata, "Aku berkata, 'Maka maksud al-Kuz Mujakhiyyan'.

Dia menjawab, 'Maksudnya bengkok'."

Dan telah menceritakan kepadaku Ibnu Abu Umar telah menceritakan kepada kami Marwan al-Fazari telah menceritakan kepada kami Abu Malik al-Asyja'i dari Rib'i dia berkata, ketika Hudzaifah radhiallahu 'anhu datang dari sisi Umar radhiallahu 'anhu, ia kemudian duduk seraya menceritakan kepada kami, "Sungguh, saat aku duduk di sisinya, Amirul Mukminin bertanya kepada para sahabatnya, 'Siapakah di antara kalian yang menghafal sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tentang fitnah?

Lalu dia membawakan hadits dengan semisal hadits Abu Khalid, dan tidak menyebutkan tafsir Abu Malik tentang makna murbad mujakhiyyan."

Dan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin al-Mutsanna dan Amru bin Ali serta Uqbah bin Mukram al-Ammi mereka berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abu Adi dari Sulaiman at-Taimi dari Nu'aim bin Abu Hind dari Rib'i bin Hirasy dari Hudzaifah radhiallahu 'anhu bahwa Umar radhiallahu 'anhu berkata, "Siapa yang boleh menceritakan kepada kami, atau siapakah di antara kalian yang bisa menceritakan kepada kami - Sedangkan di antara mereka ada Hudzaifah radhiallahu 'anhu - tentang yang disabdakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dalam fitnah? ' Hudzaifah radhiallahu 'anhu menjawab, 'Saya boleh.' Lalu dia membawakan hadits seperti hadits Abu Malik dari Rib'I." Perawi berkata, "Kemudian ia menyebutkan dalam haditnya, 'Hudzaifah radhiallahu 'anhu berkata, 'Aku telah menceritakan sebuah hadits bukan dari nukilan kitab tebal, dan dia berkata, iaitu dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam."

▫️▫️▫️ al faedah ▫️▫️▫️

iv. Hadits Rambut Unta Parsi - Sahih Muslim

HADIST NO - 5098 (RIWAYAT MUSLIM)

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Jurair dari Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat; kaum membawa cambuk seperti ekor sapi, dengannya ia memukuli orang dan wanita-wanita yang berpakaian (tapi) telanjang, mereka berlenggak-lenggok dan condong (dari ketaatan), rambut mereka seperti punuk unta yang miring, mereka tidak masuk surga dan tidak akan mencium baunya, padahal sesungguhnya bau surga itu tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini."

Sumber : Muslim
Kitab : Surga; sifat dan penghuninya
Bab : Neraka dimasuki oleh orang-orang sombong dan surga dimasuki oleh orang-orang lemah
No. Hadist : 5098

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian." [HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mu'jam al-Awsat]

dan; Imam Al-Hakim rahimahullahu dalam Al-Mustadrak (4/265) no. 8346 berkata,

حدثنا أبو الفضل الحسن بن يعقوب بن يوسف العدل ثنا الحسين بن محمد بن زياد ثنا هارون بن معروف ثنا عبد الله بن وهب أخبرني عبد الله بن عياش القتباني عن أبيه عن عيسى بن هلال الصدفي عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : سيكون في آخر هذه الأمة رجال يركبون على المياثر حتى يأتوا أبواب مساجدهم نساؤهم كاسيات عاريات على رؤوسهم كأسنمة البحت العجاف العنوهن فإنهن ملعونات لو كانت وراءكم أمة من الأمم لخدمهم كما خدمكم نساء الأمم قبلكم
فقلت لأبي : و ما المياثر ؟ قال : سروجا عظاما

Menceritakan kepada kami Abu Al-Fadhl Al-Hasan bin Yaqub bin Yusuf Al-Adl, menceritakan kepada kami Husein bin Muhammad bin Ziyad, menceritakan kepada kami Harun bin Ma’ruf, menceritakan kepada kami Abdullah bin Wahab, mengkhabarkan kepada saya Abdullah bin Iyasy Al-Qathbani dari Bapaknya dari Iyas bin Hilal Ash-Shadifi dari Abdullah bin Amru radhiyallahu’anhuma:

Sesungguhnya Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda, “Akan muncul diakhir umat ini seorang laki-laki yang berkenderaan diatas beberapa pelana [المياثر] sehingga mereka berhenti dengan kenderaan tersebut turun didepan pintu mesjid, wanita-wanita mereka berpakaian akan tetapi sebenarnya mereka adalah telanjang, diatas kepala mereka ada sesuatu seperti punuk unta yang kering.

Maka, laknatlah mereka karena sesungguhnya mereka adalah terlaknat. Kalau dibelakang (sesudah) mu nanti masih ada umat-umat yang lain, niscaya wanita-wanita kamu akan melayani wanita-wanita mereka, sebagaimana dahulu kamu dilayani oleh wanita-wanita bangsa sebelum kamu”.

Ditanyakan pada bapakku: “Apa itu المياثر ?”. Lalu beliau menjawab: “Pelana-pelana kenderaan (yang terbentang) yang (siap) ditunggangi”.

Al-Hakim berkata, “Hadits ini sahih sesuai dengan syarat syaikhain tapi mereka tidak mengeluarkannya”. Dikeluarkan juga oleh Thabrani dalam Mu’jam Al-Ausath (9/131) no. 9331, dan Mu’jam Ash-Shaghir (2/257) no. 1125, kemudian oleh Ahmad dalam Musnad (2/223) no. 7083. Menurut Al-Haitsami (5/137), rijal Ahmad ini adalah rijal shahih.

serta; "Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti ekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini." [HR Muslim. Hadith no. 212]

Kemudian disebut bahawa di atas kepala mereka seperti bonggol unta. Bonggol unta ini boleh juga ditakrifkan sebagai rambut wanita yang disanggul naik ke atas kepala menurut tafsiran tradisional. Menurut Imam Nawawi dalam menghuraikan hadis ini, ia bermaksud bahawa mereka meletakkan sesuatu di rambut atau kepala mereka bagi membesarkan bahagian belakang kepala mereka. Ini bermaksud bahawa wujud penambahan hiasan hingga ia terkeluar daripada kebiasaan. Cara perhiasan ini pula digayakan di luar rumah. Maka rambut yang disanggul ke atas dan ditambah dengan alat sanggul hingga bentuknya seperti bonggol unta, maka ia wajib dielakkan.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”